Jambatan Pulau Sekati
Jambatan Pulau Sekati

Jambatan Pulau Sekati

Jambatan Pulau Sekati ialah sebatang jambatan di Kuala Terengganu, Terengganu. Jambatan yang sepanjang hampir 1.58 kilometer ini menghubungkan Kampung Teluk Pasu dengan Losong, Kuala Terengganu melalui Pulau Sekati dengan merentangi Sungai Terengganu. Jambatan ini dibina bagi mengurangkan kesesakan jalan raya di Kuala Terengganu.[3][4]Kerja pembinaan jambatan ini telah bermula sejak 2012 tetapi ditangguhkan akibat masalah pengambilalihan tanah melibatkan beberapa orang penduduk. Jambatan ini juga menggantikan sebatang jambatan kayu kecil yang hanya boleh dilalui oleh motosikal.[2][3] Pembinaan jambatan ini menelan kos sebanyak RM 245 juta.[5]Bahagian jambatan dari Losong ke Pulau Sekati telah dibuka kepada orang awam pada 31 Mei 2017 dalam fasa pertama[6][7][8] manakala bahagian yang menghubungkan Jalan Banggol Tuan Muda dengan Jeram Tok Kong telah dibuka dalam fasa kedua pada 19 Jun 2017.[9][10]

Jambatan Pulau Sekati

Dinamakan sempena Nama pulau yang direntasi
Panjang keseluruhan 1.58 km (0.98181 batu)
Koordinat 5°19′33″N 103°07′25″E / 5.325887°N 103.123671°E / 5.325887; 103.123671Koordinat: 5°19′33″N 103°07′25″E / 5.325887°N 103.123671°E / 5.325887; 103.123671
Menyeberangi Sungai Terengganu
Dibuka 31 Mei 2017 (2017-05-31)
Lokasi Terengganu
Bilangan lorong Enam
Kos pembinaan RM 245 juta
Pereka Kerajaan Malaysia
Jabatan Kerja Raya (JKR)
Arkitek Zainal & Shariff Ibrahim Sdn Bhd[2]
Dirasmikan 31 Mei 2017
Membawa Kenderaan bermotor
Reka bentuk Jambatan angkat
Nama lain Highway Paloh - Banggol Tuan Muda[1]

Rujukan

WikiPedia: Jambatan Pulau Sekati http://www.bernama.com/bernama/state_news/bm/news.... http://webcache.googleusercontent.com/search?q=cac... http://www.hmetro.com.my/mutakhir/2017/06/238984/s... http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2017&d... http://www.sinarharian.com.my/edisi/terengganu/jam... http://www.sinarharian.com.my/edisi/terengganu/jam... http://www.thestar.com.my/metro/community/2017/05/... http://www.utusan.com.my/berita/wilayah/jambatan-p... http://www.utusan.com.my/berita/wilayah/terengganu... http://upen.terengganu.gov.my/index.php/berita-gal...